Aktivisme politik Morgan_Tsvangirai

Templat:Politics of ZimbabweMorgan Tsvangirai ialah hasil pergerakan sosial terpenting di Zimbabwe, termasuk pergerakan buruh dan pembaharuan perlembagaan. Beliau ialah bekas Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Zimbabwe yang berkuasa serta pengerusi pengasas Majlis Perlembagaan Negara, sebuah kumpulan yang menyeru perlembagaan baru untuk Zimbabwe.

Tsvangirai menjadi pengerusi cawangan Kesatuan Pekerja Lombong Bersekutu yang kemudiannya dilantuk ke dalam barisan eksekutif Kesatuan Pekerja Lombong Kebangsaan, dan pada tahun 1989 beliau menjadi Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Zimbabwe (ZCTU), iaitu pertubuhan induk kesatuan sekerja di negara Zimbabwe.

Tsvangirai memutuskan perikatan ZCTU dengan parti pemerintah ZANU-PF. Sambil kuasa beliau dan pergerakan itu meningkat, hubungan beliau dengan Kerajaan semakin keruh. Beliau pernah menjadi mangsa gangguan dan keganasan yang dirancang dan didorong kerajaan, termasuk tiga cubaan membunuh beliau,[3], termasuk cubaan pada tahun 1997, apabila penyerang yang tidak dikenal pasti memecah masuk ke dalam pejabat aras ke-10 beliau lalu cuba menghumbankan beliau keluar dari tingkap.

Kritikan Gukurahundi

Tiga tahun selepas Zimbabwe mengecapi kemerdekaan, Robert Mugabe mengarahkan Briged Kelima, sebuah unit tentera yang dilatih khususnya oleh Korea Utara, ke Matabeleland dengan kerjasama Menteri Pertahanan Enos Nkala, diketuai Marsyal Udara Perence Shiri atas dakwaan revolusi balas yang dirancangkan oleh Joshua Nkomo. Operasi tersebut bernama kod Gukurahundi. Morgan Tsvangirai mempersoalkan motif pembunuhan beramai-ramai di bawah pimpinan ZANU-PF pada tahun 1984[4]. Tsvangirai kadang-kala mengunjungi kubur besar-besaran mangsa Tsholotsho, Kezi, Lupane, Nkayi dan tempat-tempat lain di kawasan luar bandar Matabeleland. Pada tahun 2001, beliau berucap di hadapan para orang kampung di Maphisa:

Ini adalah operasi yang kejam yang dilakukan ZANU-PF. Sepatutnya tidak berlaku.Ini merupakan episod hiba dalam sejarah kita dan MDC pastinya hendak menyaksikan keadilan jika mengambil alih kuasa. Penindasan hak asasi manusia sebegini harus dikenang dan mereka yang bertanggungjawab harus menjelaskan tindakan mereka.[5] [6]

Majlis Perlembagaan Negara

Morgan Tsvangirai berkhidmat selaku Pengerusi Majlis Perlembagaan Negara (NCA) pada tahun 1997 yang dibentuk sebagai sekumpulan warga Zimbabwe individu dan pertubuhan awam, termasuk pergerakan pekerja, kesatuan pelajar dan belia, kesatuan wanita, gereja-gereja, kesatuan perniagaan dan pertubuhan hak asasi manusia. Individu-individu dan kumpulan-kumpulan ini mengasaskan NCA untuk menyeru pembaharuan perlembagaan setelah menyedari bahawa masalah-masalah politik, sosial dan ekonomi yang menjejaskan Zimbabwe disebabkan terutamanya oleh Perlembagaan Dewan Lancaster yang penuh kepincangan dan hanya boleh diselesaikan melalui perlembagaan yang baru dan demokratik. Beliau mengundurkan diri setelah dilantik sebagai presiden MDC. [7]

Anugerah Mawar Perak SOLIDAR

Pada tahun 2001, Tsvangirai dianugerahkan Anugerah Bunga Mawar Perak Solidar yang berprestij untuk pencapaian cemerlang oleh seorang individu atau pertubuhan dalam kegiatan masyarakat awam dengan tujuan memupuk masyarakat yang lebih adil dan saksama.

Pada satu masa yang genting bagi kestabilan dunia, pemenang anugerah tersebut “mempamerkan perubahan positif yang boleh dilahirkan oleh individu dan pertbuhan yang berazam”, beginilah petikannya.[8]

Rujukan

WikiPedia: Morgan_Tsvangirai http://www.afrol.com/News2002/zim010_mdc_murder_pl... http://www.europeanvoice.com/archive/article.asp?i... http://ap.google.com/article/ALeqM5i4kT7pJlnuzY_vp... http://ap.google.com/article/ALeqM5i4kT7pJlnuzY_vp... http://ap.google.com/article/ALeqM5i4kT7pJlnuzY_vp... http://www.nytimes.com/aponline/world/AP-Zimbabwe.... http://www.usatoday.com/news/world/2008-05-02-zimb... http://news.yahoo.com/s/ap/20070312/ap_on_re_af/zi... http://zimbabwemetro.com/2008/04/02/final-house-of... http://www.zimbabwesituation.com/apr10_2001.html#l...